Setelah sekian lama menanti, akhirnya tittle "All England Championship" menjadi milik Dato' Lee Chong Wei..
Lebih istimewa, kejayaan Chong Wei muncul pada edisi ke-100 Seluruh England, selepas mencatat pencapaian terbaik, tahun lalu selaku naib juara apabila tewas kepada jaguh China, Lin Dan yang tersingkir kepada rakan senegara, Bao Chun Lai pada suku akhir. Kejayaan Chong Wei kali ini mengulangi kegemilangan dicatat Muhammad Hafiz Hashim pada 2003 yang menamatkan kemarau 36 tahun negara menjuarai perseorangan lelaki Seluruh England (kali terakhir oleh Tan Aik Huang pada 1966).
Walaupun rekod Chong Wei jauh lebih baik drp rekod Tago, namun, Tago bukanlah calang2 orang..
Ini kerana, Tago terlebih dulu membuka langkah pada set pertama dengan mengutip empat mata awal dan mengekalkan kelebihan itu sehingga mata ke-15, sebelum dikejar Chong Wei yang memastikan kemenangan dalam tempoh 21 minit.Di set kedua, Chong Wei terpaksa mengerah seluruh tenaga sebelum menang 21-19.
Apa2 pun, setinggi-tinggi tahniah kepada Dato' Lee Chong Wei
kerana telah menaikkan nama negara..Semoga pencapaian baik ini akan terus dikekalkan..
Wajah seorang juara~
kemenangan straight set yg sngat membanggakan~
No comments:
Post a Comment